Sunday, September 26, 2010

Moral Values!

躺在床上,面对着三十六个道德价值观。但是,我只需要背二十五个。不知不觉,时间过得好快,好快。。。

在没参考任何资料的情况下,我把这二十五个价值观的意思打出来(有错请见谅):

BP1
Kepercayaan kepada Tuhan
- Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
Amanah
- Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kerpercayaan dan keyakinan orang lain.
Harga diri
- Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
Bertanggungjawab
- Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
Hemah tinggi
- Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
Toleransi
- Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Berdikari
- Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Kerajinan
- Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan susuatu perkara.
Kasih sayang
- Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Keadilan
- Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.
Rasional
- Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
Kesederhanaan
- Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

BP1完了,这个平时考试都有出,背起来还不算难,接下来的就:

BP4
Cinta akan negara
- Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Taat setia kepada raja dan negara
- Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.
Sanggup berkorban untuk negara
- Kerelaan untuk melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara

BP5最难,我背了好久:

BP5
Melindungi hak kanak-kanak
- Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
Menghormati hak wanita
- Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Melindungi hak pekerja
- Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.
Menghormati hak golongan kurang berupaya
- Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka srbagai insan ciptaan Tuhan.
Melindungi hak pengguna
- Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

终于要完了,剩一个BP.

BP6
Mematuhi peraturan dan undang-undang
- Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
Kebebasan bersuara
- Kebebasan bercakap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
Kebebasan beragama
- Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Penglibatan diri dalam pembangunan negara
- Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
Sikap keterbukaan
- Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaruan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

完了,背完了。可是,背完真的有用吗?又不是全部出意思。。。

算了,还是关上电脑,去读别科吧。多的是 我没读完的书。。。

嗯,打起十二分精神,去翻书吧!我的朋友们,加油!

1 comment: